Wednesday, August 16, 2006

Konvokesyen KUSTEM 2006

12 Ogos 2006, majlis konvokesyen telah berlangsung di Dewan Sultan Mizan, KUSTEM buat kali ke dua...Kali ni, kos IT dapat sesi pagi, so..dapat la amik ngan Sultan Mizan..memang tak bedebar..dengan kena angkat sembah nyer, mane lah penah seumur hidup aku angkat2 sembah nih..huhu..sib baik semua nya berjalan ngan lancar..tak tergolek ke ape2 kan..best ah gak..dah konvo..
Adik bradik aku sume datang..alhamdulillah, mase konvo kat jaipetra dulu tak cukup..kali nih ngan anak buah aku sekali datang...


Time kasih la pada yang sudi bagi bunga..:))



ayah aku tengah dukung naqib, aku, mak aku



abang, kakak ipar, aku, adik no3, adik no5(kepala sahaja),adik no4



Ni gambar satu family...

Tuesday, August 15, 2006

slot yang tak patut

Terkejut, ni lah perasaan aku mase aku tengok 'The Breakfast Show' pada jam 9.30 pagi tadi.Tindakan stesen televisyen swasta, NTV7 menyiarkan secara langsung slot kehebatan dan cara menghidang wain dan champagne memang tak patut...Boleh dianggap tidak menghormati perasaan dan sensitiviti penonton yang beragama Islam, dan menghina agama Islam secara tak langsung.

Walaupun semasa slot tersebut disiarkan ia hanya dikendalikan oleh pengacara bukan beragama Islam, gelagat pengacara wanita tersebut agak keterlaluan dan kadang-kadang seolah-olah menghina agama Islam

Antaranya Daphne kelihatan berbangga-bangga kerana dapat meneguk minuman haram tersebut dan mengatakan ia hebat dan menawarkan pengacara Islam tersebut untuk minum bersama, katanya.

Akhirnya, beliau (Daphne) menghina pengacara Islam dengan mengatakan "Kau minum Ribena ajelah(dialih bahasa ke bahasa Melayu). Ini sesuatu yang amat memalukan kerana ia disiarkan secara langsung dan disaksikan oleh ramai penonton khususnya kanak-kanak dan orang dewasa yang beragama Islam.