Friday, February 24, 2006

Sebelum Terlambat...

Lame gak arr tak update blog nih...
Kali ni aku nak criter pasal satu email yang menyentuh hati aku...
Tentang Islam..agama yang kita agung2 kan sejak lahir...
Kite dikira beruntung sebab celik je mata kat dunia nih..dah Islam..aman damai lak tu,Tak payah nak berjuang susah payah macam zaman Rasulullah dulu..tak pernah rasa hidup susah..tak pernah kena paksa keluar dari Islam..tapi kita tetap mengaku Islam, walaupun cara hidup kita tak melambang kita seorang Islam..Bila orang bising pasal karikator yang menghina Rasullullah, kita pun sama bising..Ok lah tuh, sekurang-kurangnya masih ada sensitiviti kita terhadap agama yang agung nih..
Masa tahun 1990-an dulu, kita dikejutkan dengan pelbagai cerita tentang murtad..budak u dikristiankan, tapi sekarang dah senyap..walaupun kegiatan tu masih berleluasa..Tapi disebabkan undang2 kita yang mengatakan 18 tahun ke atas, boleh pilih agama sendiri..ni lah perlembagaan yang membawa kepada kemerdekaan kita 49 tahun yang lalu...sekarang memakan diri kita sendiri...
Pastu sibuk nak kata kita negara Islam, padahal agama Islam dipisahkan dari kehidupan seharian..bila hal2 rasmi je guna nama Islam..
Bukan unsur kristian je...unsur yahudi pun banyak dalam kehidupan kita..
Letak sebijik bola kat stadium shah alam,nah.. 70 ribu orang tinggal solat maghrib..tu tak kira yang kat umah lagi tuh..Tak kira lagi anugerah2 industri musik kita AIM la, ABH la dan banyak lagi..tinggai solat maghrib jugak..nanti susah nak pakai make up la..make up habis la..
Perancangan Yahudi ni lebih terancang sejak derang kalah dalam perang salib terakhir, derang dah tau dah, zaman tuh kalau umat Islam berperang memang sebab nak kan syahid..derang ni berperang sebab nak hidup..Sebab tu derang tukar strategi..perang ikut dalam pulak.., perang ideologi, perang psikologi dan budaya terhadap Islam.
Mula dengan sistem pendidikan...Di Malaysia,
macam-macam sekolah dengan
nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini.
Kita orang Islam, bangga sekolah kat sekolah kristian..
taknak masuk sekolah agama..sebab sekolah kristian popular..
sekolah agama miskin..tak popular..(tak bermaksud nak kata kat sapa2)
Ni lah hasilnya..orang Islam zaman sekarang..gerenti takut kalau nak disuruh berperang atas nama Islam..sebab strategi derang tu memang menjadi..Islam hanya di mulut..Lepas tu, satu-satu kerajaan Islam tumbang, mula dengan kerajaan Andalusia, kerajaan Melaka, Kerajaan Pattani, Kerajaan Acheh...
Orang kita panggil, gerakan halus. Dia panggil
semua mubaligh Kristian yang
nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah "garam
dan
ragi". Garam sebagai
perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu.
Waktu siang asalnya ubi
kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk
ubi kayu tapi sebenarnya
tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu
dengan
identiti Islam.
Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi.
Bila nampak orang pakai kopiah, kita kata "islamic la si polan tu.."
Bila orang taknak ikut kita gi konsert, kita kata "islamic la si polan tu.."..
Habis kita bukan islamic ka..?Ingatla..islam tu bukan agama, islam adalah cara hidup...kalau kita tak islamic,habih kita apa..??

Akhir sekali, posting ini tiada kena mengena dengan
ceramah nak berkempen
politik atau apa saja. Sekadar meniupkan
semangat
perjuangan dalam diri
kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita
bangkit pertahankan agama
Islam sebelum terlambat

-Hamba yang Lemah-

6 comments:

thezaila said...

Lin, aku x sekolah di mana2 convern mahupun saint.. sekolah rendah kt Sek Ren Keb (2) Sultan Alam Shah manakala sekolah menengah pula di Sek Men Sultan Abdul Samad. subgguhpun nama sekolah kedua2nya bermula dengaqn sultan, tiada peraturan yg mengatakan hanya anak sultan dibenarkan sekolah di sini..

LinZ said...

aku tak bercakap tentang peraturan..tapi tentang betapa kelicikan orang yahudi mengaburi mata orang Islam masa sekarang nih...:p

thezaila said...

ya... berhati-hati dengan orang yahudi.. mereka ada pakatan ILLUMINATI yang bertujuan menghancurkan umat islam

zool said...

jangan cakap saja...buktikan bahawa kita bukan dibawah telunjuk yahudi...

Anonymous said...

huh..
layakkah aku memberi komen disini..
tdk kusangka lin..
begitu petah kamu berbicara..
benar2 tidak kusangka..

LinZ said...

huhu..sudah ku tahu siapakah dirimu wahai bantal3..hampeh...huuhuhuh