Thursday, March 30, 2006

Musim

Sekarang ni musim besday orang..ramai gak bebudak IT nih yang lahir bulan 3..termasuklah aku sendiri..huhu..bermula dengan besday aku..pada tanggal 14 mac, diikuti dengan besday baha yang dibuat kat bistro...seterusnya besday mond yang buat kat kandang kuda dan yang paling latest sekali besday yan yang baru disambut semalam kat pulau kambing...
Citer pasal besday aku dah dipublish kan...seterusnya cerita masa besday baha...sambu8t kat bistro..siap abg kat bistro tu nyanyi lagu radja..kitorang bajet dier nak nyanyi lagu hepi beday..rupe2 nyer lagu radja yang di medleykan dengan beberapa lagu lain...siap feel je nyanyi..brother tuh..huhuh..sampai la ajk pelaksana program gi bagitau dier suruh nyanyi lagu besday..baru dier nyanyi..
Pastu dah abis lagu besday..pastu makan2..dan pulang ke rumah..
Yang paling bes ialah kek besday baha..kek pisang..tak pernah dibuat orng..ni sumer sebab beberapa kesilapan teknikal yang menyebabkan pot memaki tuan punya kedai kek...huahahah
Dan seperti biasa..bebudak umah aku yang miskin2 nih..terpaksalah di ambil dan dihantar pulang..oleh orang yang mempunyai kenderaan...(time kasih kepada yang sudi mengambil dan menghantar kami..:p)

Besday yang seterusnya ialah besday mond..yang dilangsungikan di depan kandang kuda..walaupun ada bau-bau yang kurang menyenangkan..tapi keadaan malam tuh teta[p happening..mase kitorang sampai..majlis baling tepung dah selesai..kitorang bajet dah selamat la dari proses menjadi kek..rupe2nya..tepung dah abis..air pun jadi..Tahhniah mond kerana berjaya melenjunkan kitorang dan aku terpaksa mandi buat kali kedua malam tuh..selain aku, max pun jadi mangsa jugak..agak lenjun dan bersalut baki tepung yang dituang oleh mond mas akitorang tgh ambik gambar..mujid tul...:p

Yang paling latest, besday yan semalam..kitorang tgh tgk autumn in my heart..tgh amik feel sedih tuh..tetiba maya dapat panggilan tepon..aah, baru teringat besday yang upenyer..kitorangpun bersiap lah..sebab dgr2 nya nak dibuat kat pulau kambing..katpadangpermainan kat sana..sekali lagi kami memerlukan orang yang sudi mengambik dan menghantar kami pulang...kali nih duang yang ditugaskan..time kasih duang..:p
Sampai san..ramai yang lepaskan gian main permainan kat padang tuh..takpe, bagi chan la sebab dah lame tak main....
Bila yan sampai..dan ditutupkan matanya, kitorang ape lagi..siram air ngan tepung..dah la mata kena tutup..tak leh nak lari..huahahah..aku pun same banyak siram air kat dier..kalau aku tau aku akan tergolek pastuh, aku takkan buat ape2 kat ko yan...huhuhuhu...pastu bila dah potong kek..tgh makan2 kek..tetibe yang mengganas..habis dikejarnyer sume orang..yang 1st sekali yin..sampai berguling2 dibuatnya..huhuh...memang ganas..aku tgk je dari jauh, taknak masuk campur..:)

Lepas sorang2..jadi mangsa amukan yan..aku ingatkan dah lepas..upe2 nyer aku pun kene gak...memule dier kejar aku..tak dapat nak seletkan krim kat aku..pastu dier komplot ngan yin..sekali lagi aku lari cam nak gila..sayang beb baju tuh, kena krim nanti kena basuhlak...musim2 bz nih,,maleh nak basuh baju..huhuhu
Kali ketiga yangkejar aku dengan bantuan baha ngan ita..lari punyer lari..tetibe aku rase cam tersujud lak(adakah aku tgh solat..), tapi rasenye macam tgh kene kejar tadi...camner leh sujud lak nih...huhu..paham2 lahape yang terjadi..akibatnya koyang seluar aku, kuku kakiku tercabut..huhu..injured aku malam tadi..huhuh..ape pun yan hepi besday, best gak sekali sekale macam nih kan...huuhuhu..

Time kasih lah kat sume yang merancang dan menjayakan beberapa siri sambutan besday tahun nih..dah ujung2 nih, byk lak besday..k lah...chaoo, buku tak bca lagi nih,, pekse lagi 2 ari jer..huhu...

=LinZ=

Sunday, March 19, 2006

Tanggal 14 Mac

14 MAC 2006...sekali lagi umur aku bertambah, yang ke berape ek..
ada orang kata dah tua..tapi aku rasa cam muda jer..:p..
ape pun atas diri kite..umur hanya sekadar nombor, kalau kita rase muda, muda lah kita, kalau rasa tua, tua lah kita...ape pun bawak-bawak lah beringat,
ajal tak kenai tua atau muda...(ingatkan diri sendiri nih..:p)

Buat member2 aku yang menjayakan surprise kat BB2,bebudak umah tanjung permata, bebudak umah airport dan jugak
bebudak umah M lagi satu (yang dekat ngan tong sampah),time kasih lah sebab sudi hadir..memeriahkan suasana...walaupun macam control macho je..(macho ke..?)

Kat bawah ni ader la beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan oleh cameraman tak bertauliah yang dilantik secara tak rasmi pada malam tuh...(gambar yang aku ada ja...Wan, gambar camera hampa, bagi la ek...)



= No Komen =




= Kek ni aku pun kompius, camner leh dibawak oleh budak laki =




=Time kasih kat bebudak tanjung permata atas hadiah yang best tuh..creative gilerr=




=Suasana malam tuh..panjang tak panjang lah meja kitorang...orang lain yang mai makan kat bb2 malam tuh kena duduk bersila atas tikar...=




=Antara golongan hampir pupus dalam kos aku yang hadir=




=Aku lagi..camne leh ader riben atas kepale ek..Adakah aku hadiah...??=

Sunday, March 12, 2006

ADAM vs HAWA

a) Lelaki

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis dara ditanggung oleh bapanya.Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri,dosa isteri,dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak,perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??!

Suami kena bagi nafkah pada isteri,ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.Ini orang lelaki kena tahu,kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

b) Wanita

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini,dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak,seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya,anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula,tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: suaminya,ayahnya,anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu,puasa di bulan Ramadhan,taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita .....

Sunday, March 05, 2006

menghitung hari...

hari ni dah 5 mac 2006, tak sampai sebulan lagi dah nak kena present our final year project, still banyak lagi tak siap..harap2 dapat lah disiapkan sebelum presentation nanti...awal bulan 4 ktrg start exam..ada dua paper je..mungkin habis awai kot..tak sabar nak balik umah..tired of staying far from my hometown..nak balik berbakti pada ibu dan ayah pulak...huhuhu...
Tapi kekadang rase sedih gak..sbb biler lah lagi nak jumpe sek2 nih..mase konvo jumpe lah kot, pastu, bila masing2 dah membawa haluan sendiri..huhu..pupus lah kot...:)..
Ape pun, all the best utk projek memasing...