Sunday, January 14, 2007

Impian jadi kenyataan...hihihi...

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

TAWARAN MENGIKUTI INFOSYS FOUNDATION PROGRAM DI INFOSYS MYSORE CAMPUS,
INDIA - Pemberitahuan Awal

TAHNIAH! Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah berjaya di dalam
pemilihan peserta bagi mengikuti Infosys Foundation Program di Infosys
Mysore Campus, India bermula dari 26 Februari 2007 untuk tempoh 4 bulan.

Kementerian Pengajian Tinggi menawarkan peluang ini kepada tuan/puan
dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC) dan Infosys
Technologies Limited bagi meningkatkan pengetahuan tuan/puan dalam bidang
ICT dan memberi pendedahan kepada industri ini di luar negara.

Kursus ini ditaja sepenuhnya dengan elaun sebanyak RM700/sebulan dan juga
perlindungan insuran. Infosys Technologies Ltd akan membiayai pengajian,
penginapan dan buku teks tuan/puan sementara MDeC akan menanggung kos
perjalanan (tiket kapal terbang, elaun, insuran, kos pemeriksaan kesihatan
dll).

E-mail ini merupakan pemberitahuan awal dan kami akan menghubungi
tuan/puan melalui telefon untuk mendapatkan pengesahan/persetujuan lisan
pada hari Isnin, 15 Januari 2007. Seterusnya kami akan menghantar surat
tawaran beserta dokumen berkaitan bagi urusan pemergian tuan/puan (secara
pos laju). Tuan/Puan dijangka menerima surat tawaran ini seawal 17 Januari
2007.

Adalah penting bagi kami mendapatkan pengesahan/persetujuan lisan terlebih
dahulu pada hari Isnin, 15 Januari 2007 kerana masa persediaan adalah
hanya lebih kurang SEBULAN dari sekarang.

=>Gila tak sangka leh dapat gi India nih...cam hampeh je IQ test ngan interview ari tuh...ALHAMDULILLAH la dapat gi..nanti aku beli buah tangan kat korang eh...<=

2 comments:

putri_xue said...

yeah!!!!

we come to rock u, INDIA!!!!

putri_xue said...

eh, aku lupa nk bgtau.

RM700 tue sama ngan Rp5000++ kat India sana tue...
bersama2 laa kita joli katak kat sana, hahahaha!!!!